Toreh Dahi Rakan Dengan Pisau Kek




EMPAT remaja terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki didakwa menyeksa dua remaja dengan memukul, menembak dan menoreh dahi menggunakan pisau pemotong kotak.

Mangsa terselamat, Dustin Murrain, 16, memberitahu polis, dia diajak Jenna Jean Montgomery, 15, seorang pelajar di Sekolah Tinggi David Douglas ke sebuah rumah di tenggara Portland, Oregon selepas beberapa bulan mereka berkenalan.

Ketika tiba di situ, suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di belakang rumah tersebut.

Menurut laporan nydaily,dia kemudiannya ditahan tiga remaja lelaki sebelum dipukul dengan besi di kepala sebaik sahaja masuk ke dalam bangsal.

Selepas itu mangsa diarahkan membuka baju dan salah seorang suspek Christian Kalmbach, 15, menembak mangsa di dada, pangkal paha dan jari telunjuk.

Tidak cukup dengan itu, Kalmbach juga menoreh dahi mangsa dengan pisau pemotong kotak dan membuat bentuk swastika.

Ketika ditanya apa yang diinginkan penyerang daripadanya, mereka menuntut Murrain memulangkan papan luncur dan duit. Kemudian poketnya diselongkar dan mereka merampas iPodnya .

Bagaimanapun, Murrain dapat melarikan diri dan sempat meminta bantuan dari sebuah bengkel kereta berdekatan sebelum dihantar ke Hospital OHSU.

Montgomery, Kalmbach, Jess Taylor, 17 dan Shane Connell, 14, didakwa melakukan serangan kelas kedua, penculikan kelas pertama, konspirasi jenayah untuk melakukan penculikan kelas pertama dan rompakan kelas pertama.

Comments
0 Comments

0 comments:

Empat Tahun Sorok Mayat Suami

 
London: Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.

Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun.

Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.

Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah.

Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.” Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan.

Comments
0 Comments

0 comments:

Lans Koperal Cawangan Khas Mati Ditembak

Oleh Iskandar Shah Mohamed

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dipercayai dari Cawangan Khas Bukit Aman ditemui mati terbaring selepas ditembak di kepala di tepi jalan di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang melalui jalan berkenaan yang kemudian melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut, kira-kira jam 4.30 petang.

Pemeriksaan lanjut menemui mangsa berusia 37 tahun terbaring berdekatan sebuah motosikal dengan dua kesan kecederaan di kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika ditemui berkata, siasatan menyeluruh bagaimanapun masih sedang dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihaknya turut menemui dua kelongsong peluru di sekitar lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
 
Sumber:hmetro

Comments
0 Comments

0 comments:


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...





Powered By IMuslimNetwork
Support Us!